Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
G.SKILL Mempertontonkan RAM DDR4 Terpantas Di Dunia, G.SKILL Trident Z RGB 16GB

G.SKILL Mempertontonkan RAM DDR4 Terpantas Di Dunia, G.SKILL Trident Z RGB 16GB

Diterbitkan Februari 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Nama G.SKILL tidak asing lagi dalam penghasilan kit memori yang berkualiti disertakan dengan kepantasan ia beroperasi.

Syarikat itu sekali lagi hadir menampilkan RAM DDR4 terbaru bagi peminat yang mendambakan kelajuan, G.SKILL Trident Z RGB 16GB yang mencatat kelajuan pada kadar 4700MHz.

Trident Z RGB DDR4-4700MHz melalui ujian tekanan menggunakan papan induk MSI Z370I GAMING PRO CARBON AC beserta pemproses Intel® Core™ i7-8700K. Keputusannya seperti dibawah.

G.SKILL Mempertontonkan RAM DDR4 Terpantas Di Dunia, G.SKILL Trident Z RGB 16GB

Siri Trident Z RGB pertama sekali diperkenalkan pada penghujung 2016 dan pada ketika itu ia merupakan kit memori RGB terlaju yang mempunyai kelajuan frekuensi 4266MHz.

Setelah setahun lebih membuat kaji selidik serta penambahbaikan, G.SKILL akhirnya berjaya menghasilkan kit memori terbabit dan masih mengekalkan timing pada tahap CL19-19-19-39.

Dijadualkan pemasaran memori ini akan bermula pada suku kedua 2018 dan sudah pasti harga untuk “DDR4 terpantas didunia ketika ini” tidaklah murah.

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PETRONAS LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Di Dunia Bakal Ditempatkan Di Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
©2026 WISER.MY