Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
G-SHOCK Edisi Terhad “The Fantastic 4” Dilancar Dalam 4 Model, Harga Dari ~RM610

G-SHOCK Edisi Terhad “The Fantastic 4” Dilancar Dalam 4 Model, Harga Dari ~RM610

Diterbitkan Julai 14, 2025 · Dikemas kini Julai 14, 2025 oleh ariff bukhari

Menjelang pelancaran filem terbaru Fantastic Four: First Steps yang bakal ditayangkan di pawagam pada 25 Julai ini, G-Shock dan Marvel Studios bergabung untuk menghasilkan set jam edisi terhad koleksi khas Fantastic Four.

Diinspirasikan oleh gaya retro futuristik 1960-an, set ini menampilkan empat model unik mewakili setiap ahli kumpulan adiwira itu iaitu The Thing (GA-700HDS), Mister Fantastic (GA-110HDS), Human Torch (GA-6900HDS) dan Invisible Woman (GA-2100HDS).

G-SHOCK Edisi Terhad “The Fantastic 4” Dilancar Dalam 4 Model, Harga Dari ~RM610
(GA-110HDS), Human Torch.
G-SHOCK Edisi Terhad “The Fantastic 4” Dilancar Dalam 4 Model, Harga Dari ~RM610
Invisible Woman (GA-2100HDS).
G-SHOCK Edisi Terhad “The Fantastic 4” Dilancar Dalam 4 Model, Harga Dari ~RM610
The Thing (GA-700HDS)
G-SHOCK Edisi Terhad “The Fantastic 4” Dilancar Dalam 4 Model, Harga Dari ~RM610
Human Torch (GA-6900HDS).

Setiap jam hadir dengan rekaan sci-fi dengan ciri bercahaya dalam gelap, kerangka berwarna putih dengan biru kosmik.

Juga sudah tentunya ciri ketahanan ikonik G-Shock seperti tahan hentakan, kalis air 200m dan diuji pada suhu ekstrem.

Set ini didatangkan bersama kotak pembungkusan bertema era ’60-an, lencana pengumpul dan seni eksklusif Fantastic Four dengan maskot robot Marvel, H.E.R.B.I.E.

Koleksi jam G-SHOCK edisi Fantastic Four ini hadir dengan harga bermula £99.90 (~RM610 seunit).

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Nothing Headphone (1) Kini Di Malaysia, Harga RM1,099
  • PlayStation Lancarkan Konsol PS5 Edisi Terhad 'Ghost of Yōtei'

Sumber: CASIO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY