Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
G-Dragon Duta OPPO F3 Dan F3 Plus

G-Dragon Duta OPPO F3 Dan F3 Plus

Diterbitkan Mac 7, 2017 oleh Helmi Samsuri

Trend menjadikan artis terkenal sebagai duta produk kini dilihat semakin popular dalam kalangan pengeluar telefon pintar.

Kita semua mengetahui bahawa seseorang artis itu pasti mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan ada yang sanggup berbelanja hanya untuk membeli apa-apa barangan yang berkaitan dengan idola mereka itu.

Terbaru, penyanyi popular dari Korea Selatan, G-Dragon diberitakan telah dilantik untuk menjadi duta bagi telefon pintar OPPO F3 dan F3 Plus.

photo-0-1488636427249

photo-1-1488626357821-200-0-509-600-crop-1488626439249-1488636427422

Wajah G-Dragon menghiasi beberapa poster yang ditampal dibeberapa lokasi termasuk pusat beli-belah di Filipina.

Berdasarkan poster itu, kita boleh lihat OPPO bakal memperkenalkan kamera selfie dwi lensa untuk versi F3 dan F3 Plus ini. Laman Cafef turut melaporkan bahawa kamera selfie dwi lensa itu masing-masing akan beresolusi 20 megapiksel dan 8 megapiksel.

Khabar angin lain turut menyatakan F3 dan F3 Plus dioperasikan dengan platform androi Nougat 7.0 dan dilengkapi teknologi pengecasan pantas dari OPPO.

Di Malaysia, OPPO telah menjadikan Fattah Amin, Ayda Jebat, Min Chen dan Lee Min Ho sebagai duta bagi OPPO R9S.

Sumber: Mdroid, Cafef

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY