Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SharePlay Apple

Fungsi SharePlay Dalam iOS 15.1 Kini Sokong Aplikasi Ini

Diterbitkan November 19, 2021 · Dikemas kini November 19, 2021 oleh Amsyar Latif

iOS 15 mula diperkenalkan pada Jun lepas dan antara perkara yang menarik dalam versi baharu ini adalah fungsi SharePlay. Fungsi ini pula mula ditawarkan secara rasmi kepada pengguna menerusi kemas kini iOS 15.1.

Jika anda masih tidak tahu, SharePlay membenarkan pengguna untuk membuat panggilan FaceTime dan pada masa sama boleh menonton atau mendengar muzik bersama rakan-rakan.

Bukan itu sahaja, SharePlay juga memberikan kemampuan untuk play, pause atau jump bagi mana-mana individu yang berada dalam sesi FaceTime itu.

Bahkan, ada ciri kawalan audio dinamik yang mana bunyi audio yang sedang dimainkan itu akan dikurangkan sedikit apabila ada rakan-rakan yang sedang bercakap.

Fungsi SharePlay Dalam iOS 15.1 Kini Sokong Aplikasi Ini
Fungsi SharePlay Dalam iOS 15.1 Kini Sokong Aplikasi Ini

Terdahulu, tidak banyak aplikasi yang diberikan tetapi selepas ini Apple mula menyokong lebih banyak aplikasi pihak ketiga.

Berikut adalah aplikasi yang menyokong SharePlay bagi kategori Watch Together:

  • Apple TV+
  • MUBI
  • Paramount+
  • SHOWTIME
  • NBA
  • Bet+
  • Disney+
  • ESPN
  • HBO Max
  • Hulu
  • MasterClass
  • Pluto TV
  • Pantaya
  • Starz

Bagi sokongan muzik:

  • Apple Music
  • SoundCloud
  • TuneIn

Kesihatan:

  • Apple Fitness+
  • SmartGym
  • BetterSleep

Pembelajaran:

  • Kahoot!
  • Explain Everything
  • Night Sky

Hiburan:

  • TikTok
  • Heads Up!
  • Cameo
  • Popshop
  • Apollo for Reddit
  • Bikemap
  • Flow by Moleskine
  • Studio
  • Redfin

Fungsi SharePlay Dalam iOS 15.1 Kini Sokong Aplikasi Ini

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan ciri Screen Share. Ia mirip yang pernah digunakan pada aplikasi lain, iaitu membenarkan perkongsian skrin peranti untuk melihat gambar, melayari web dan lain-lain.

Tambahan lagi, selain peranti iPhone, SharePlay turut disokong untuk Mac dengan syarat menjalankan sistem operasi macOS Monterey.

Baca juga:

  • Apple Akan Tingggalkan Qualcomm, Guna Modem 5G Sendiri

  • Apple Buat Kejutan, Jual Alat Gantian ‘Ori’ Dan Boleh Baiki Sendiri Di Rumah

  • MacBook Pro Dengan Cip M1 Pro Dan M1 Max Dah Boleh Dibeli

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY