Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Tempatan Boleh Langgan Apple Fitness+ Bermula Esok

Pengguna Tempatan Boleh Langgan Apple Fitness+ Bermula Esok

Diterbitkan November 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Setelah sekian lama, Apple Fitness+ akhirnya tiba pun di Malaysia. Bagi anda yang merupakan individu tegar bersenam dan menggunakan Apple Watch, anda boleh melanggan Fitness+ bermula 4 November. Menurut Apple, langganan bermula sekitar awal pagi ini.

Dari segi harga langganan, Apple Fitness+ ditawarkan serendah RM19.90 sebulan atau RM119.90 setahun. Malah, langganan setahun ini boleh dikongsi bersama 6 orang pengguna lain.

Pun begitu, perkhidmatan terbaru ini juga hadir bersama langganan Apple One Premier yang berharga RM69.90 sebulan.

Pengguna Tempatan Boleh Langgan Apple Fitness+ Bermula Esok

Sekiranya ada yang tidak tahu, Apple Fitness+ merupakan satu servis khusus untuk pengguna Apple Watch.

Ia ibarat anda mempunyai jurulatih bersenam profesional tetapi senaman boleh dilakukan secara terus dari rumah. Bahkan, boleh melakukannya bersama-sama rakan menerusi Group Workouts FaceTime.

Tambahan lagi, senaman turut boleh dijalankan dengan lagu dari Apple Music. Ia menawarkan muzik yang membangkitkan lagi semangat dan motivasi semasa bersenam.

Bagaimanapun, Apple Fitness+ memerlukan Apple Watch Series 3 atau terbaru yang menjalankan watchOS 7.2 bersama gandingan iPhone 6s ke atas dengan sekurang-kurangnya iOS 14.3.

Baca juga:

  • Ini Antara Model Yang Hadapi Masalah Kemaskini macOS Monterey

  • Ini Model TV LG Yang Layak Tebus 3 Bulan Percubaan Apple TV+

  • Apple Kena Kurangkan Penghasilan iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY