MacBook Pro Dengan Cip M1 Pro Dan M1 Max Dah Boleh Dibeli

Apple telah melancarkan komputer riba serta cip M1 baharu pada bulan lalu menerusi MacBook Pro. Kini, barisan MacBook itu sudah boleh dibeli buat peminat tempatan dengan melayari laman rasmi Apple.

Mengimbas kembali, terdapat dua penawaran saiz bagi komputer riba ini, iaitu saiz 14 inci dan 16 inci. Masing-masing dikuasakan cip M1 Pro atau M1 Max.



Selain itu, paparannya kini tampil bertakuk dengan menggunakan panel Liquid Retina XDR mini LED yang menawarkan kecerahan sehingga 1600nits serta sokongan kadar segar semula ProMotion 120Hz.

Antara yang mencuri tumpuan, kembalinya port pengecasan MagSafe 3 dan beberapa port lain seperti HDMI, Thunderbolt 4, bicu audio dan pembaca kad SDXC.

MacBook Pro dijual pada harga bermula RM8799 untuk model 14 inci. Sementara model 16 inci pula bermula RM10799.

Baca juga: