Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Full page photo

Apple Akan Tingggalkan Qualcomm, Guna Modem 5G Sendiri

Diterbitkan November 18, 2021 · Dikemas kini November 22, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Qualcomm selama ini sedia membekalkan modem 5G pada iPhone yang menyokong 5G dengan memonopoli siri iPhone 12 dan iPhone 13.

Dalam acara Investor Day, Ketua Pegawai Kewangan Qualcomm, Akash Pakhiwala mendedahkan pada 2023 kelak, Qualcomm akan kehilangan 80% pegangan bekalan modem cipnya kepada Apple.

Untuk makluman, Apple telah mula membangunkan cip modem mereka sendiri sejak beberapa tahun dulu dan dijangka ia sedia dilengkapkan pada peranti mereka seawal 2023.

Bagaimanapun, Apple tidak akan menggunakan modem buatannya untuk kesemua pasaran dan sesetengah pengguna mendapat iPhone dengan modem dari Qualcomm.

Terdahulu, Apple dan Qualcomm mempunyai hubungan tegang di mahkamah kerana keinginan Apple untuk menggunakan cip 5G dari Intel. Mungkin ini juga menjadi faktor Qualcomm bekerjasama dengan Samsung dengan laporan mengatakan lebih separuh peranti Samsung pada tahun depan akan menggunakan Snapdragon.

Sumber: Gizchina

Baca juga:

  • MacBook Pro Dengan Cip M1 Pro Dan M1 Max Dah Boleh Dibeli
  • Amerika Syarikat Halang Intel Tingkatkan Pengeluaran Cip di China
  • Qualcomm Ingin Kuasai Pasaran Komputer Riba Dengan Cip Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY