Mungkin macOS tidak ramai yang ambil peduli memandangkan jumlah penggunanya tidak sebesar sistem operasi Windows. Namun, macOS sebenarnya melengkapkan ekosistem Apple.
Terbaru, macOS 12 atau namanya macOS Monterey menampilkan fungsi Universal Control. Ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada macOS Yosemite.
Baca juga – iOS 15 Diperkenalkan – “iOS 14” Yang Ada Banyak Ciri Baharu
Menerusi Universal Control, pengguna boleh menggerakkan cursor dari komputer Mac ke iPad, membuat salinan fail dan ibarat paparan tambahan. Kini, pengguna iPad mungkin tidak lagi perlu beli tetikus dan papan kekunci tambahan jika sudah mempunyai komputer Mac.
Di samping itu, macOS juga menerima AirPlay. Melaluinya, pengguna boleh memainkan audio atau video daripada iPhone ke Mac, sama seperti Apple TV.
Selain itu, pelayar Safari turut dikemaskini dengan tab baharu, Shortcuts untuk Mac, tambah baik pada FaceTime dan lain-lain yang terdapat pada iOS 15 serta iPadOS 15 seperti mod focus dan Quick Notes.
Seperti biasa, percubaan beta untuk pembangun telah pun dilepaskan dan ini adalah senarai Mac yang menyokong macOS Monterey:
- MacBook (Early 2016 dan ke atas)
- MacBook Pro (Early 2015 dan ke atas)
- MacBook Air (Early 2015 dan ke atas)
- Mac mini (Late 2014 dan ke atas)
- iMac (Late 2015 dan ke atas)
- iMac Pro (2017 dan ke atas)
- Mac Pro (Late 2013 dan ke atas)
Baca juga – iPadOS 15 Diperlihatkan, Kini Lebih Produktif
Sumber: Siaran Akhbar Apple