Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo enco w31

Fon Telinga OPPO Enco W31 Dijual Berharga RM259 – Lebih Mampu Milik Berbanding Enco Free

Diterbitkan Mei 4, 2020 · Dikemas kini Mei 4, 2020 oleh Meor Hasyim

OPPO sebelum ini telah sedia menawarkan Enco Free sebagai sebuah aksesori fon telinga True Wireless System (TWS). Hari ini, selain melancarkan OPPO A92,  OPPO Malaysia turut membawa masuk satu lagi fon telinga terbaharu iaitu Enco W31.

Berbeza dengan Enco Free, Enco W31 merupakan fon telinga dengan tip silikon untuk pendengaran lebih kemas. Rekaan kerangka pengecasannya juga berbeza di mana ia dibentuk menyerupai tiram tidak seperti rekaan Airpods pada Enco Free.

Fon Telinga OPPO Enco W31 Dijual Berharga RM259 – Lebih Mampu Milik Berbanding Enco Free

Untuk spesifikasi, bateri yang dimuatkan dalam fon telinga adalah 25mAh manakala untuk kerangka pengecasannya berkapasiti 350mAh. Menurut OPPO, ketahanan bateri fon telinga adalah selama 3 jam 30 minit, namun boleh dipanjangkan lagi dengan memasukkannya semula ke kerangk pengecasan sehingga 15 jam lamanya.

Fon Telinga OPPO Enco W31 Dijual Berharga RM259 – Lebih Mampu Milik Berbanding Enco Free

Kerangka ini boleh dicas melalui USB-C dan mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk penuh.

Ia menyokong sambungan Bluetooth 5.0, format audio AAC, dan juga piawaian kalis air IP54. Selain itu, setiap pasang fon telinga ini menyokong fungsi kawalan melalui sentuhan untuk menjawab atau mematikan panggilan, ataupun menukar muzik.hasil gambar vivo x80 pro (10)

Di Malaysia, fon telinga OPPO Enco W31 ini dijual pada harga RM259 dalam pilihan warna hitam dan putih. Anda juga boleh mendapatkannya pada harga dengan lebih rendah RM199 ketika pra-tempahan yang bermula hari ini (4 Mei) sehingga 8 Mei 2020 ini.

Pautan: Pra-tempahan OPPO Enco W31

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY