Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenRun Pro 2_OR_KV_2

Fon Kepala OpenRun Pro2 Dilancar Pada Harga RM899

Diterbitkan September 18, 2024 · Dikemas kini September 18, 2024 oleh ariff bukhari

Shokz yang terkenal dengan fon kepala telinga terbukanya, hari ini mengumumkan fon kepala terbaru OpenRun Pro2 untuk pasaran tempatan.

Direka dengan bahan ultra ringan dan berkekuatan tinggi dengan kemasan silikon lembut, OpenRun Pro2 menampilkan reka bentuk  Shokz yang eksklusif serta dilengkapi ciri mengoptimumkan julat kelantangan dengan bijak, menjadikan audio anda lebih jelas walaupun anda berada di luar.

Dengan teknologi DualPitch™ terkini, OpenRun Pro2 memberikan duet yang sempurna antara pembesar suara, pengalaman mendengar  yang jelas dan berkuasa serta mengurangkan getaran.

Datang dalam 2 saiz dan 2 warna berbeza, pengguna boleh menikmati sehingga 12 jam main balik muzik dengan bateri dicas penuh.

SHOKZ_OpenRun Pro2_2
OpenRun Pro2 menyokong pengecas pantas idi mana 5 minit cas boleh main balik audio 2.5 jam.

Untuk masa yang terhad (dari 23 hingga 29 September), pengguna yang berminat boleh pergi ke East Atrium @ Mid Valley Megamall untuk melihat dan membeli OpenRun Pro 2 yang berharga RM899.

Malah, jika anda menjadi antara 50 pelanggan pertama, anda juga akan mendapat hadiah percuma eksklusif bernilai lebih RM400, termasuk tali pinggang sukan, tuala penyejuk dan kemeja-t.

Untuk perenang, OpenSwim Pro dilengkapi dengan topi renang premium percuma, manakala OpenFit Air Shokz tersedia dengan sarung lutsinar bergaya.

Selain OpenRun Pro 2, Shokz juga menawarkan diskaun 10% untuk fon kepala OpenMove, OpenRun, OpenFit dan OpenRun Pro dengan OpenRun Pro boleh didapati pada harga hanya RM799.

Tetapi bermula dari 24 September, dari 1:00 petang hingga 2:00 petang dan 6:00 petang hingga 7:00 malam, 10 pelanggan bertuah untuk setiap sesi akan dapat membeli OpenRun Pro dengan hanya RM699 pada Jualan Kilat Shokz.

Barisan produk Shokz juga boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllpf14
  • Lazada – https://invol.co/cllpf1c

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Siaran media Shokz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY