Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fifa VAR Liga Malaysia

FIFA Bagi ‘Lampu Hijau’, Liga Malaysia Akan Guna Teknologi VAR

Diterbitkan Mei 2, 2024 ยท Dikemas kini Mei 2, 2024 oleh Amalina Athman

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi mengiktiraf dan meluluskan penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia bermula musim 2024-2025.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Pengiktirafan ini menjadikan Malaysia antara 68 negara yang menerima kelulusan penggunaan teknologi VAR daripada FIFA.

Untuk rekod, langkah pelaksanaan VAR di Malaysia telah dimulakan pada April 2023 dengan lawatan delegasi dari FIFA untuk memberi taklimat tentang protokol VAR dan prosedur pelaksanaannya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemudiannya telah memulakan latihan pengadil VAR yang bermula pada Jun 2023 hingga April 2024 dengan melalui tiga fasa latihan.

Hasilnya, FIFA telah mentauliahkan seramai 22 Pengadil sebagai pengadil VAR, 20 Penolong Pengadil sebagai AVAR dan sembilan Pengadil sebagai Replay Operator. FAM juga telah melatih seramai 17 Penolong Pengadil untuk memahami protokol VAR dan akan dilantik sebagai Penolong Pengadil 1 dan 2.

Selain itu, sebanyak enam perlawanan percubaan telah dilakukan oleh FAM dan Malaysian Football League (MFL) bagi tujuan proses penilaian terhadap kemahiran pengadil dan keberkesanan teknologi VAR.

Penggunaan teknologi VAR dalam saingan Liga Malaysia 2024-2025 akan bermula 10 Mei ini, dengan pelaksanaannya dijangka dapat meningkatkan mutu bola sepak negara.

Sumber: Persatuan Bola Sepak Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
©2026 WISER.MY