Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_p

Fahmi Gesa Percepatkan Penyediaan Perkhidmatan Mudah Alih Fasa 1 JENDELA

Diterbitkan November 27, 2024 · Dikemas kini November 27, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi menggesa supaya dipercepatkan penyediaan perkhidmatan mudah alih di bawah Fasa 1 inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), memandangkan ia sepatutnya siap pada Oktober 2024.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata terdapat kira-kira 1,600 menara di bawah Fasa 1 JENDELA, tetapi tidak semuanya siap atau ‘on-air’.

(Menara ini) sepatutnya siap bulan lepas, tetapi tidak siap, dan itulah sebabnya kita tidak gembira. Fasa 2 JENDELA akan mengambil sedikit masa, dan kami menjangkakan jumlah menara di antara 2,500 dan 3,000 tapak. Ia mungkin dua kali ganda bilangan tapak untuk Fasa 1 JENDELA, dan ia akan menjadi lebih mencabar kerana tapak-tapak tersebut akan berada di kawasan yang lebih terpencil.

Sebelum ini, Fahmi turut melahirkan kebimbangan berhubung menara yang belum siap di bawah Fasa 1 JENDELA, khususnya di Sabah, yang mana hanya 215 menara daripada 382 telah siap dan diserahkan. Daripada jumlah itu, hanya 61% atau 130 menara on-air.

Mengenai Fasa 2 JENDELA, Fahmi berkata kementeriannya akan mereka bentuk semula rangkaian dan mengambil kira teknologi baharu, seperti yang dibangunkan di Menara Exchange dan beberapa teknologi baharu seperti Direct-to-Device. 

Ini melibatkan penggunaan ‘Low Earth Orbit Satellite’ dan menggunakan rangkaian untuk menyediakan inter-relationship, terutamanya di kawasan yang terlalu mahal atau terlalu sukar untuk membina menara.

Berkaitan

  • Kontraktor Projek JENDELA Gagal Ikut Tempoh Ditetapkan Mungkin Didenda - Teo
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • U Mobile Siapkan 78 Daripada 81 Projek Menara JENDELA Yang Diberi
  • JENDELA Fasa 2 Bakal Dirombak Kerana Fasa 1 Mengecewakan - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY