Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JENDELA Jalinan Digital Negara_

Kontraktor Projek JENDELA Gagal Ikut Tempoh Ditetapkan Mungkin Didenda – Teo

Diterbitkan Ogos 26, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2024 oleh Amalina Athman

Pihak kontraktor pelaksana projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu yang gagal mengikut tempoh masa ditetapkan, mungkin berdepan tindakan denda.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata ia susulan kerajaan telah memberikan tempoh lanjutan yang lama sebelum ini, namun pihak kontraktor tetap gagal mematuhi tempoh diberikan itu.

Setakat ini, memang ada projek JENDELA belum siap, paling serius di Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengkaji sama ada mereka boleh dikenakan denda atas kelewatan ini.

Dalam pada itu, beliau berkata MCMC juga sedang meneliti pelaksanaan projek JENDELA fasa dua yang bakal menggunakan teknologi terkini supaya masalah dihadapi pada fasa satu, termasuk isu kelewatan, tidak lagi berulang.

Terdahulu, Teo dilapor berkata projek di Sabah dan Sarawak dimulakan pada 2022 dan sepatutnya siap dalam tempoh 18 bulan. Akan tetapi, ia tergendala berikutan masalah tapak serta kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek dalam masa ditetapkan.

Berkaitan

  • Aplikasi JENDELA Map Kini Dengan Ciri Rangkaian PAKEJ Dan Maklum Balas
  • Fahmi Fadzil Jawab Status Terkini Kemajuan Pelaksanaan Projek JENDELA
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • RUU Keselamatan Dalam Talian Akan Dibentang Oktober Ini

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY