Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Mengumumkan Integrasi Sistem Permesejan Pada Aplikasi Instagram Dan Messenger

Facebook Mengumumkan Integrasi Sistem Permesejan Pada Aplikasi Instagram Dan Messenger

Diterbitkan September 30, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Facebook sebelum ini telah merancang untuk menggabungkan sistem permesejan Whatsapp, Instagram dan Messenger dalam satu aplikasi. Juga, telah dilaporkan pada bulan lalu mengenai kemaskini Instagram yang menawarkan pilihan kepada pengguna untuk menggabungkan permesejan bersama Messenger.

Facebook integrasi instagram messenger

Kini, Facebook secara rasmi telah mengumumkan integrasi sistem permesejan pada aplikasi Instagram dan Messenger.

Facebook Mengumumkan Integrasi Sistem Permesejan Pada Aplikasi Instagram Dan Messenger

Antara perubahan utama pada kemaskini ini adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi Messenger untuk menghubungi orang lain pada Instagram tanpa memerlukan muat turun aplikasi tersebut, dan sebaliknya.

Facebook integrasi instagram messenger

Pengguna juga boleh mengawal bagaimana pesanan dan panggilan boleh diterima, seperti dalam ruang sembang, permintaan pesanan atau tidak membenarkan semuanya.

Kemaskini tersebut turut membawakan beberapa ciri dari Messenger seperti membalas kepada mesej yang lebih spesifik, forward mesej, dan menyesuaikan tema dan warna ruang sembang. Senarai penuh ciri dalam aplikasi Messenger yang akan dimuatkan pada Instagram adalah:

  • Communicate Across Apps
  • Watch Together
  • Vanish Mode
  • Pelekat SelfieĀ 
  • Chat Colors
  • Custom Emoji Reactions
  • Forwarding
  • Balas Mesej Lebih Spesifik
  • Animated Message Effects
  • Kawalan Permesejan
  • Enhanced Reporting and Blocking Updates

Ciri baharu ini telah mula dilepaskan melalui kemaskini pada hari ini bagi beberapa negara termasuk Malaysia, serta akan diperluaskan secara global tidak lama lagi.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY