Penggabungan Sistem Permesejan FB Messenger, Instagram & WhatsApp Mungkin Ditangguhkan Sehingga 2020

Beberapa hari yang lepas, kami ada melaporkan mengenai perancangan pengasas Facebook untuk menggabungkan sistem permesejan FB Messenger, Instagram dan WhatsApp.

Pada mulanya, Facebook menyasarkan untuk menyelesaikan proses intergrasi tersebut seawal hujung tahun ini, namun ia mungkin akan ditangguhkan sehingga tahun hadapan.

Kenyataan itu dibuat oleh Mark semasa membentangkan laporan kewangan Facebook baru-baru ini.
Baca juga: Mark Zuckerberg Mahu Gabung Sistem Permesejan WhatsApp, Facebook & Instagram

Kapsyen: Fox News


Sekiranya gabungan sistem permesejan berjalan lancar, ia akan membolehkan pengguna WhatsApp, FB Messenger dan Instagram berhubung sesama sendiri tanpa perlu meninggalkan aplikasi kegemaran masing-masing.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, setiap perbualan akan dijalankan secara penyulitan penuh yang sama seperti digunakan oleh WhatsApp ketika ini.

Ini bermakna setiap perbualan yang melibatkan apa sahaja fail termasuk gambar, video, dokumen, rakaman suara dan sebagainya hanya dapat diakses oleh dua pihak yang sedang berhubung sahaja.

Dengan kenyataan terbaru ini memberi bayangan perkara ini akan benar-benar terjadi dan bukan lagi diperingkat perancangan seperti didakwa sebelum ini.

 

Sumber: BGR