Facebook Mula Integrasikan Sistem Permesejan Instagram Dan Messenger

Umum mengetahui, Facebook sebelum ini telah merancang untuk menggabungkan sistem permesejan Whatsapp, Instagram dan Messenger dalam satu aplikasi. Kini, syarikat itu nampaknya telah mengambil langkah bagi merealisasikan hasrat itu. Facebook telah mengemaskini Instagram dengan menawarkan pilihan kepada pengguna untuk menggabungkan permesejan bersama Messenger.

gabung Instagram Messenger

Pengguna Instagram akan mula menerima pemberitahuan untuk mengemaskini aplikasi itu dimana ia akan membawakan fungsi sistem permesejan Messenger ke Instagram.

Sebagai tambahan untuk menggabungkan kedua-dua perkhidmatan itu, kemas kini tersebut turut menambah ciri yang tersedia di Messenger termasuk ruang sembang berwarna-warni, reaksi dengan mana-mana emoji, dan leretan untuk membalas pesanan individu.

Menurut Instagram, pengguna diberi pilihan untuk tidak menerima kemas kini tersebut. Dalam pada itu, Facebook turut dijangka akan menggabungkan dua perkhidmatan ini bersama WhatsApp tidak lama lagi.

Sumber: 9toMac