Perkara ini diumumkan selepas pada Januari lalu laporan The Wall Street Journal, menyatakan Facebook membekukan sementara rancangan untuk memaparkan iklan dalam aplikasi WhatsApp.
Selain itu, laporan turut memberikan beberapa perincian mengenai cara Facebook mengimplementasikan iklan bertarget pada aplikasi tersebut.
Syarikat itu mungkin akan menggunakan nombor telefon untuk menghubungkan akaun Facebook dan WhatsApp bagi menentukan iklan yang akan dipaparkan.
Namun, rancangan tersebut telah menimbulkan beberapa kontroversi termasuk terdapat eksekutif yang dilaporkan bimbang ia boleh menyebabkan pengguna WhatsApp memadam akaun Facebook mereka.
Walau bagaimanapun, iklan pada aplikasi WhatsApp tidak akan hadir dalam beberapa tahun terdekat ini.
Ini kerana, Facebook telah menjelaskan bahawa untuk menggabungkan infrastruktur di semua aplikasinya akan memakan masa bertahun-tahun dimana WhatsApp akan memakan masa yang paling lama untuk digabungkan.
Sumber: Engadget
Berkaitan
- WhatsApp Kini Beri Tempoh Lebih Lama Untuk Padam Mesej
- Ini Cara Lebih Mudah Hantar Mesej Kepada Diri Sendiri Di WhatsApp
- Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk iPhone Dengan iOS 9
- Elon Musk Syorkan Guna Aplikasi Signal Sebagai Alternatif WhatsApp
- Satu Lagi Ciri Baharu Akan Diperkenal Untuk iOS, Mudahkan Panggilan Video Di WhatsApp
- Gambar Dan Video Facebook Kini Boleh Dipindahkan Ke Dropbox
- Facebook Kini Hadir Dengan Fungsi 'Off-Facebook Activity' Secara Global
- WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
- WhatsApp Uji Ciri Dail Nombor Telefon Secara Terus Dalam Aplikasi
- Seumpama Twitter, Meta Perkenal Langganan Pengesahan Berbayar Di Instagram Dan Facebook