Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Verified

Seumpama Twitter, Meta Perkenal Langganan Pengesahan Berbayar Di Instagram Dan Facebook

Diterbitkan Februari 20, 2023 oleh Amalina Athman

CEO Mark Zuckerberg mengumumkan akan mula menguji ciri baharu yang dipanggil Meta Verified, iaitu perkhidmatan langganan pengesahan berbayar seumpama Twitter.

Berkaitan

  • Meta 'Gabungkan' Tetapan Akaun FB, IG Dan Messenger Di Bawah Satu Hab
  • ChatGPT Buat Google Dan Meta Pening Kepala 'Tak Keruan'
  • Jam Pintar Pertama Meta Mungkin Hadir Dengan Kamera Depan Dan Belakang

Melalui langganan Meta Verified, pengguna Instagram dan Facebook mempunyai keupayaan untuk mengesahkan akaun dengan ID kerajaan, mendapatkan blue badge, perlindungan tambahan bagi akaun lain yang menyamar sebagai diri anda serta mendapat akses terus kepada perkhidmatan pelanggan.

Dinyatakan, ciri baharu ini dapat meningkatkan ketulenan dan keselamatan merentas perkhidmatan Meta. Sebagai tambahan, ia juga dapat meningkatkan jangkauan (reach) dalam platform seperti carian, ulasan dan pengesyoran serta ciri eksklusif.

Untuk melayakkan permohonan Meta Verified, akaun mesti memenuhi keperluan aktiviti minimum, seperti sejarah penyiaran sebelumnya, dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Meta menjelaskan akaun perniagaan tidak mempunyai akses untuk memohon Meta Verified pada masa ini.

Meta Verified ditawarkan dengan harga langganan bulanan $11.99 (~RM53.14) di web atau $14.99(~RM66.44) pada iOS. Bermula minggu ini, ianya akan diuji di Australia dan New Zealand terlebih dahulu. Dijangkakan, ciri ini akan diperluaskan ke lebih banyak negara tidak lama lagi.

Sumber: Meta

Gambar utama: Slashgear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY