Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp iOS 9

Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk iPhone Dengan iOS 9

Diterbitkan Mac 18, 2021 oleh Amalina Athman

Aplikasi permesejan popular, WhatsApp pada minggu ini telah dikemaskini dengan beberapa perubahan yang memberi impak kepada sebilangan pengguna. Melalui versi terkini, WhatsApp kini mengumumkan sudah tidak lagi menyokong iPhone dengan sistem operasi iOS 9 dan terdahulu.

Ini bermakna, iPhone 4s yang hanya menerima sokongan iOS 9 tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp. Dengan itu, jika anda mahu menggunakan aplikasi ini, minimum versi sistem operasi yang diperlukan adalah iOS 10 dan terkini.

Sebagai tambahan, berikut adalah syarat baharu untuk memasang aplikasi WhatsApp:

  • Peranti Android yang menjalankan sistem operasi 4.0.3 dan terkini
  • iPhone dengan sistem operasi iOS 10 dan terkini
  • Telefon terpilih dengan KaiOS 2.5.1 dan terbaru, termasuk JioPhone dan JioPhone 2

Pada tahun lepas, WhatsApp telah mengumumkan tidak lagi menyokong iPhone dengan iOS 8 dan juga Android 4.0.2 ke bawah.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY