Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Kini Mencari Syarikat Keselamatan Siber Untuk Menangani Masalah Kebocoran Data Mereka

Facebook Kini Mencari Syarikat Keselamatan Siber Untuk Menangani Masalah Kebocoran Data Mereka

Diterbitkan Oktober 23, 2018 oleh Wiser MY

Facebook dikatakan sedang mencari syarikat keselamatan siber seterusnya membeli mereka. Perkembangan ini terjadi selepas beberapa insiden melibatkan syarikat sosial media terkenal itu dengan hal-hal keselamatan data pengguna mereka di seluruh dunia.

Insiden terbaru, 30 juta maklumat pengguna telah dicuri telah mengheret Facebook sekali lagi ke mata media antarabangsa. Syarikat tersebut menghadapi masalah keselamatan data selepas Ketua Pegawai Keselamatan (CSO) mereka, Alex Stamos.

Stamos yang meninggalkan organisasi tersebut kira-kira 3 bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan cara Facebook menangani isu platfom itu digunakan oleh badan perisikan Rusia semasa Pilihanraya Presiden US yang lepas.

Pada bulan September yang lepas, New York Times melaporkan satu serangan terhadap rangkaian Facebook telah melibatkan 50 juta akaun pengguna. Serangan yang membolehkan penyerang mengambil alih akaun mangsa telah memaksa Facebook untuk log keluar 90 juta akaun pengguna bagi mengelakkan masalah tersebut merebak dengan lebih luas.

Sumber: Tom’s Hardware, The Information

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY