Facebook Kini Hadir Dengan Fungsi 'Off-Facebook Activity' Secara Global

Facebook telah mengumumkan fungsi "Off-Facebook Activity" kini tersedia untuk semua pengguna secara global, selepas pelancaran di Ireland, Korea Selatan dan Sepanyol pada Ogos tahun lalu.

Off-Facebook Activity

Seperti yang dijelaskan oleh Facebook, Off-Facebook Activity adalah maklumat di mana perniagaan dan organisasi berkongsi dengan Facebook tentang interaksi anda dengan mereka. Interaksi yang dimaksudkan adalah seperti melawat laman web mereka atau log masuk ke aplikasinya melalui Facebook.

Dengan Off-Facebook Activity, anda boleh melihat dan mengawal data yang dikongsi oleh aplikasi dan laman web lain dengan Facebook. Melalui Clear History yang terdapat pada Off-Facebook Activity, ia boleh membantu jika anda sentiasa menerima iklan untuk sesuatu yang anda cari dalam talian atau sesuatu yang dicadangkan oleh Facebook.



Selain membersihkan sejarah aktiviti anda, bahagian ini termasuk pilihan untuk melihat maklumat anda mengikut kategori, muat turun maklumat anda dan pilih bagaimana Off-Facebook Activity boleh diuruskan pada masa hadapan. Menurut Facebook, fungsi ini menandakan tahap baru bagi ketelusan dan kawalan, dan ia akan terus ditambah baik.

Sumber: Facebook Newsroom, The Verge