Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Facebook Kini Boleh Pindahkan Gambar Dan Video Ke Google Photo, Ini Caranya

Pengguna Facebook Kini Boleh Pindahkan Gambar Dan Video Ke Google Photo, Ini Caranya

Diterbitkan Jun 5, 2020 oleh Amalina Athman

Mula dilancarkan Disember tahun lalu di Eropah, pemindahan gambar dan video kini tersedia kepada pengguna Facebook secara global. Melalui fungsi tersebut, semua pengguna Facebook kini dibenarkan membuat salinan gambar atau video pada akaun Facebook dan memindahkannya ke Google Photo.

Facebook Google Photo

Untuk memindahkan gambar atau video, ikuti beberapa langkah di bawah ini:

  1. Pergi ke ‘Your Facebook Information’ di bahagian tetapan Facebook.
  2. Kemudian, tekan ‘View’ di bahagian ‘Transfer a copy of your photos or videos’.
  3. Masukkan kata laluan akaun Facebook.
  4. Pilih Google Photo di bahagian ‘Choose Destination’ dan tandakan pilihan pemindahan data pada gambar atau video.
  5. Setelah itu, tekan ‘Next’ dan log masuk akaun Google. ‘Confirm Transfer’ untuk memulakan pemindahan data dan anda akan menerima notifikasi Facebook setelah pemindahan selesai dilakukan.

Pada masa ini, pemindahan data tersebut hanya boleh dilakukan pada Google Photo. Bagaimanapun, Facebook menyatakan pengguna Facebook akan dapat memindahkan data ke perkhidmatan lain yang menyertai Data Transfer Program pada masa akan datang.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY