Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Forwarding Limit Messenger

Facebook Hadkan Mesej ‘Forward’ Tular Di Messenger Kepada Lima Pengguna Sahaja

Diterbitkan September 4, 2020 · Dikemas kini September 4, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Facebook telah mengetatkan jumlah mesej yang boleh dimajukan (forward) kepada orang lain di WhatsApp. Menerusinya, hanya seorang pengguna yang boleh menerima mesej tresebut. Kini, ciri tersebut dibawa kepada aplikasi Messenger.

Facebook melabelkan ciri ini sebagai ‘Forwarding Limit’ dimana mesej hanya boleh dimajukan kepada 5 orang atau kumpulan dalam satu masa. Menurut Facebook, ia merupakan langkah yang efektif untuk melambatkan proses penyebaran berita tular tidak benar atau kandungan yang memudaratkan.

Facebook Hadkan Mesej ‘Forward’ Tular Di Messenger Kepada Lima Pengguna Sahaja

Selain itu, fungsi baharu ini adalah satu lapisan perlindungan dimana ia dapat membantu pengguna kekal selamat semasa melayari internet.

Dalam pada itu, Facebook ingin menjadikan aplikasi Messenger sebagai platform yang selamat dan boleh dipercayai untuk berhubung dengan rakan dan keluarga.

Sumber: Facebook

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Cipta “Planimal”, Sel Hibrid Gabungan Dari Sel Tumbuhan Dan Haiwan
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY