Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV MG S5 Kini Dipasang Di Melaka, Sokong Pengecasan 150kW

EV MG S5 Kini Dipasang Di Melaka, Sokong Pengecasan 150kW

Diterbitkan Mac 11, 2026 ยท Dikemas kini Mac 11, 2026 oleh ariff bukhari

SAIC Motor Malaysia mencatat sejarah dengan pelancaran EV pertama mereka yang dipasang secara tempatan di Alor Gajah, Melaka menerusi model MG S5.

EV MG S5 hadir dengan peningkatan kuasa 151kW dan tork 350Nm berbanding versi CBU, serta menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW yang mampu mengisi bateri dari 10% ke 80% dalam 26 minit.

Dengan jarak pemanduan sehingga 446km (WLTP), MG S5 EV menawarkan fleksibiliti untuk perjalanan harian mahupun jarak jauh.

MGS5 CKD Slides.pptx
Tempahan MG S5 sudah dibuka bermula 10 Mac 2026, dengan anggaran harga jualan runcit disyorkan pada RM120,000.

Malah pek bateri MG S5 datang dengan jaminan selama 8 tahun atau 180,000km, bersama jaminan 8 tahun atau 160,000km bagi unit kawalan motor.

Keselamatan turut diperkukuh dengan 7 beg udara, sistem ADAS 2.5, serta penarafan lima bintang Euro NCAP dan ASEAN NCAP.

Kapasiti pengeluaran bagi MG S5 dari kilang di Melaka ini dijangka mencapai antara 120 hingga 180 unit sebulan, dengan anggaran pengeluaran tahunan sekitar 1,500 hingga 2,000 kenderaan pada tahun 2026.

Ketahui lebih lanjut tentang EV MG S5 dengan laayari MGS5 EV – MG Malaysia.

Berkaitan

  • Harga e.MAS 7 PHEV Diumumkan, Bermula Dari RM109,800
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • JPJ Lancar Aplikasi Lelong Kenderaan Sita

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY