Episod terakhir siri animasi tempatan ILM: Kebangkitan Khalifah berdurasi 22 minit dijadualkan akan disiarkan di aplikasi Durioo+ pada 24 Disember 2024, menurut pihak Durioo Sdn. Bhd.
https://www.instagram.com/p/DC9JCw_vgA-/?igsh=OGt3eTVxZmlkczAx
ILM: Kebangkitan Khalifah ialah sebuah animasi tempatan yang diterbitkan oleh Durioo Sdn. Bhd yang bertemakan sains fiksyen dan berunsur Islamik.
Ia berkisarkan tentang dua pemuda yang hidup pada tahun sekitar 4000 di mana umat Islam sedang dibelenggu dengan pemerintah si penjahat bernama Zaleem. Siri ini sesuai untuk penonton yang masih di bangku sekolah rendah mahupun menengah.

Untuk makluman, bahagian pertama ILM mula ditayangkan sejak 2023, merangkumi episod 1 hingga 5. Bahagian 2 pula iaitu episod ke-6 hingga ke-12 mula ditayangkan sejak Oktober 2024 dan akan berakhir pada Disember 2024.
Jika anda bukan pelanggan Durioo+ dan belum pernah menonotonnya, boleh cuba menonton beberapa episod awal secara percuma di laman YouTube rasmi mereka iaitu Durioo+ Malaysia.
Perbezaan ketara antara dua bahagian ini adalah dari segi aksi di mana bahagian 1 lebih kepadla pengenalan watak, dunia ILM itu sendiri manakala bahagian kedua pula akan tampil dengan aksi yang jauh lebih banyak bersama perlawanan epik akhir dengan watak antagonis utama iaitu Zaleem.
Jika anda sudah menonton ILM, boleh kongsikan apa pendapat anda di ruangan komen.
Sumber: Durioo+ Malaysia
{suggest}
