Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter didenda

Elon Musk Peroleh Kemenangan Pertama, Mahkamah Arah Twitter Serahkan Data Padanya

Diterbitkan Ogos 17, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pasukan pembelaan Elon Musk mendapat kemenangan kecil dalam kes mereka dengan Twitter. Hal ini kerana Mahkamah Delaware mengarahkan Twitter menyerahkan data daripada bekas kakitangan mereka, Kayvon Beykpour pada pihak Musk.

Beykpour ialah bekas ketua bahagian produk pelanggan Twitter sebelum dipecat oleh CEO baru, Parag Agrawal.

Data yang perlu diserahkan pada Musk adalah berkaitan akaun spam dan bot. Inilah yang diminta Musk sejak awal dulu.

Elon sememangnya menjangka dan sangat mahukan tindakan mahkamah ini sejak awal Twitter mengheret kes ini mahkamah kerana benar-benar mahukan data berkenaan akaun palsu di platform itu.

Berkaitan

  • Twitter Akan Ada 'Close Friends' Persis Instagram Yang Dinamakan 'Flock'
  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti 'Stalk' Beliau
  • Elon Musk Tawar ~RM182 Bilion Untuk Beli Twitter 100%, Nasib Jack Sweeney Jadi Tanda Tanya
  • Elon Musk Belum Masuk Pejabat Tapi CEO Twitter Sudah Pecat Dua Pegawai Tertinggi Secara Mengejut
  • Elon Musk: Twitter Perlu Ikut Cara 'WeChat' Untuk Berjaya
  • Twitter Saman Elon Musk Tapi Dia Gembira

Terdahulu, Musk membatalkan niatnya untuk membeli Twitter dengan alasan Twitter tidak jujur dengan kewujudan akaun spam dan bot di platform itu.

Twitter berkata ia tidak berkongsi maklumat lanjut tentang akaun spam kerana risau Musk akan membangunkan sebuah lagi platform baru menyaingi Twitter selepas tidak bersetuju membelinya.

Syarikat itu membawa hal ini ke mahkamah agar Musk menuruti janjinya untuk meneruskan pembelian syarikat itu.

Peguam Musk, Alex Spiro berkata mereka sedang menuunggu untuk meneliti komunikasi dengan Beykpour dan akan terus mendapatakan maklumat serta saksi sehingga kebenaran yang penuh dibongkar.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY