Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
musk vs zuckerberg

Elon Musk Sedia Bertumbuk Dengan Mark Zuckerberg Di Vegas Octagon

Diterbitkan Jun 22, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas memberi komen provokatif terhadap berita yang mendakwa Meta akan lancarkan aplikasi bagi menyaingi Twitter, Musk setuju untuk bertarung secara fizikal dengan Zuckerberg di Vegas Octagon.

Bagaimana kisah ini bermula?

Mario Nawfal iaitu CEO IBC membuat kiriman di Twitter mendakwa Meta sedang merancang untuk melancarkan media sosial baharu yang bernama Threads untuk menyaingi Twitter.

META to Release "Twitter Rival" Called THREADS
(not making this up!)

META, the same company that copied Snapchat, TikTok, StumbleUpon, Foursquare, BeReal and Clubhouse, began coding 'Project 92’ three months after Elon acquired Twitter.

Rumors have been circulating about the… pic.twitter.com/luNOPDMIik

— Mario Nawfal (@MarioNawfal) June 20, 2023

Elon Musk kemudian membalasnya dengan sindiran.

Seorang pengguna Twitter membalas pada Musk dengan berjenaka, berkata beliau perlu berhati-hati kerana Mark Zuckerberg mempunyai jiu-jutsu.

I’m sure Earth can’t wait to be exclusively under Zuck’s thumb with no other options.

At least it will be “sane”. Was worried there for a moment 😅.

— Elon Musk (@elonmusk) June 21, 2023

Musk berkata beliau bersedia untuk pertarungann dalam sangkar kalau Mark berkehendak, “I’m up for a cage match if he is lol.”

I’m up for a cage match if he is lol

— Elon Musk (@elonmusk) June 21, 2023

Zuckerberg kemudian di Instagram Story memuat naik tangkap layar twit Musk itu dan meminta lokasi untuk perlawanan tersebut diadaan dengan berkata “Send Me Location”.

zuckerberg fight elon

Elon Musk di Twitter kemudian menetapkan lokasi tersebut ialah Vegas Octagon.

Ia merupakan pusat untuk kejohanan UFC dan terletak di Las Vegas, Nevada.

Vegas Octagon

— Elon Musk (@elonmusk) June 22, 2023

Beliau kemudian menambah lagi satu twit dengan berkata dia mempunyai satu gerakan bernama The Walrus yang mana beliau akan baring di atas lawannya tanpa berbuat apa-apa.

Tahukah anda Zuckerberg ialah seorang peninju MMA dan sudah pun memenangi perlawanan Jiu-Jitsu.

https://www.instagram.com/p/Ctm1aWTAi2y/

Musk pula berkata dia jarang bersenam selain melambung anaknya, “I almost never work out, except for picking up my kids & throwing them in the air.”

If this is for real, I will do it 🔥🔥

— Elon Musk (@elonmusk) June 22, 2023

Elon berkata jika ini adalah pelawaan yang serius, beliau sedia melakukannya.

Kita tahu Musk ini agak “gila” dan kadangnya cakapnya tidak serupa bikin kerana selalu melakukan troll.

Sama-sama kita lihat apakah kedua-dua tokoh internet ini serius atau sekadar “sembang”.

Sumber: The Verge, Elon Musk, Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY