Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk twitter

Saham Twitter Naik Selepas Elon Musk Diumumkan Pemegang Saham Terbesar

Diterbitkan April 5, 2022 · Dikemas kini April 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pemilik Tesla dan pengasas SpaceX, Elon Musk kini menjadi pemegang saham terbesar dalam Twitter Inc. dengan pegangan setinggi 9.2%, bernilai sekitar $3 bilion (RM12 bilion).

Pemilikan Elon Musk ini kemudiannya menyebabkan saham syarikat media sosial tersebut naik sehingga 27%.

Elon Musk yang menurut laporan Forbes bernilai $300 bilion, terdahulu telah mengurangkan pegangannya dalam Tesla sejak hujung tahun lepas sekurang-kurangnya sebanyak $16.4 bilion.

Dokumen menunjukkan Elon Musk Revocable Trust ialah pemilik kepada 73.5 juta saham Twitter diikuti Vanguard sebagai pemegang saham kedua terbesar (8.79%) platform media sosial terbabit.

saham twt musk

Dalam 12 bulan sebelum ini, saham Twitter telah mengalami kejatuhan sebanyak 38% dan meningkat sebanyak 27% semalam.

Elon Musk merupakan salah seorang tokoh terkenal yang aktif di Twitter, bukan sahaja mengkritik figura lain seperti Joe Biden tetapi juga berkongsi meme.

Do you want an edit button?

— Elon Musk (@elonmusk) April 5, 2022

Lelaki dari Afrika Selatan ini telah memuat naik twit bertanya pandangan pengguna Twitter jika mereka mahukan ciri suntingan bagi twit yang telah dikirim.

Secara peribadi, sebagai pengguna Twitter, saya kira saya mewakili kesemua pengguna Twitter apabila mengatakan ia ciri yang paling dinanti-nanti sejak hari pertama di platform tersebut.

Jika Musk mampu membuatkan Twitter mengimplimentasikannya, ia menjadi jasa yang tidak akan dilupa komuniti di sana.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY