Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kajian Twitter Mendapati Ciapan Provokasi Dapat Banyak Sambutan

Posted on Oktober 25, 2021Oktober 25, 2021

Sebuah kajian yang dijalankan oleh pihak dalaman Twitter mendapat ciapan yang berunsurkan haluan kanan atau konservatif lebih mendapat penglibatan seperti balasan dan sebagainya berbanding kandungan berhaluan kiri.

Kajian ini mengambil ciapan yang dihantar oleh pegawai terpilih (elected officials) serta saluran berita dari 1 April 2020 hingga 15 Ogos 2020 di 7 negara (Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat). Selain ciapan balasan, Twitter juga menganalisis ciapan yang mengandungi pautan artikel yang dikongsi oleh pengguna Twitter. Sekitar 3,600 akaun telah dikenal pasti dan dipilih untuk dianalisis kandungannya.

Antara dapatan daripada kajian tersebut:

  • Ciapan berkaitan politik daripada pegawai terpilih (elected officials) tanpa mengira apa-apa parti, memperlihat penguatan algoritma (algorithmic amplification) berbanding kandungan politik pada susur masa songsang (reverse chronological timeline).
  • Kesan pada kumpulan tidak sama pada individu. Ini bermakna dua individu dari parti politik yang sama tidak semestinya menerima penguatan yang sama.
  •  Ciapan yang dihantar oleh parti berhaluan kanan menerima lebih banyak peningkatan algoritma berbanding haluan kiri  semua negara dikaji kecuali Jerman (6 daripada 7 negara) apabila dikaji dalam kumpulan.
  • Saluran berita berhaluan kanan (seperti ditakrif  AllSides and Ad Fontes Media) memperlihat penguatan algoritma yang lebih besar berbanding saluran berhaluan kiri. Bagaimanapun, penilaian pihak ketiga ini melakukan klasifikasi mereka sendiri maka hasil analisis mungkin berbeza bergantung pada sumber yang digunakan.

Susur masa songsang merujuk pada ciri ‘Latest Tweet’ manakala algoritma merujuk pada ciri ‘Top Tweet’ pada aplikasi Twitter. ‘Latest Tweet’ menunjukkan ciapan hanya dari akaun yang diikuti dan ‘Top Tweets’ mengoptimasikan algoritma untuk menyarankan ciapan yang menyerupai kandungan yang sering diikuti pengguna.

Berdasarkan temu bual oleh The Verge dengan Steve Rathje , dapat disimpulkan bahawa kandungan negatif mengenai mana-mana kumpulan politik akan mendapat lebih banyak respons di Facebook dan Twitter.

Walaupun kajian yang dilakukan berdasarkan luar negara tetapi jika dilihat, di Malaysia juga lebih kurang sahaja. Ciapan sebegitu lebih banyak diminati dan menerima respon.

Sumber: Twitter

Baca juga:

  • Ciri Baharu Clubhouse Benarkan Perkongsian Pautan
  • Twitter Spaces Kini Boleh Dihos Oleh Semua Pengguna
  • Dikatakan Sebagai “Game Changer”, Sony Xperia Baharu Akan Dilancar Minggu Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress