Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Copy of elonjet elon musk block

Dulu ‘Stalk’ Elon Musk, Kini Dia ‘Stalk’ Jutawan Rusia Pula Termasuk Pemilik Chelsea

Diterbitkan Mac 2, 2022 · Dikemas kini Mac 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Jack Sweeney yang mula menempah nama selepas mencipta akaun Twitter @ElonJets kini turut melakukan penjejakan sama terhadap jet golongan elit Rusia termasuk Presiden Rusia dan jutawan serta pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich.

Salah satunya akaun yang baru diciptanya ialah @PutinJets pula khusus berkongsi lokasi jet milik Presiden Rusia, Vladimir Putin.

https://twitter.com/RUOligarchJets/status/1498749764879491076?s=20&t=g5U91_227zAAYT_2v4XsMA

Sebuah lagi akaun pula ialah Russian Oligarch Jets, @RUOligarchJets yang menjejak pesawat milik 9 individu kaya Rusia termasuk Roman Abramovich,  Oleg Deripaska, Vladimir Ptonanin dan beberapa lagi yang menjumlahkan sebanyak 31 buah jet.

https://twitter.com/PutinJet/status/1498947224155344898?s=20&t=mYAkBMAb6c6FuryMI7NRvQ

Walaupun pelbagai sekatan dikenakan pada negara terbesar ini, CNBC melaporkan jutawan-jutawan Rusia telah menggerakkan aset mereka seperti jet peribadi, kapal layar dan helikopter ke lokasi seperti Montenegro dan Maldives dipercayai untuk elak dirampas seandainya perkara buruk terjadi.

https://twitter.com/JxckSweeney/status/1497362271281958912?s=20&t=g5U91_227zAAYT_2v4XsMA

Berdasarkan senarai di @RUOligarchJets, pemilik kelab bola sepak Chelsea, Abramovich dilihat mempunyai sekurang-kurang 6 buah jet.

Sumber: Business Insider

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau
  • Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY