Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter didenda

Elon Musk Belum Masuk Pejabat Tapi CEO Twitter Sudah Pecat Dua Pegawai Tertinggi Secara Mengejut

Posted on Mei 13, 2022Mei 13, 2022

Elon Musk masih belum memiliki Twitter secara rasmi namun beberapa pegawai eksekutif tertingginya sudah dipecat oleh CEO Twitter, Parag Agrawal.

Dua pegawai tertinggi yang dipecat ialah Kayvon Beykpur selaku pengurus bahagian produk dan Bruce Falck, ketua hasil produk.

Beykpour lebih menumpukan pada ciri dan fungsi yang digunakan pengguna Twitter manakala Falck lebih pada bahagian di sebalik tabir iaitu kewangan dan perniagaan Twitter.

The truth is that this isn’t how and when I imagined leaving Twitter, and this wasn’t my decision. Parag asked me to leave after letting me know that he wants to take the team in a different direction.

— Kayvon Beykpour (@kayvz) May 12, 2022

Jay Sullivan yang dulu pernah berkhidmat di Facebook kini akan menjadi pengganti sementara untuk kedua-dua jawatan yang dikosongkan ini.

Bukan itu sahaja, mulai minggu ini Twitter juga tidak akan mengisi mana-mana jawatan kosong buat sementara waktu kecuali jawatan kritikal berkaitan perniagaan.

Syarikat juga akan menyemak semula semua tawaran lanjutan walaupun tidak merancang untuk pemberhentian staf beramai-ramai.

I dedicate this Tweet to those engineers and thank you ALL for the opportunity to serve alongside you. It’s been awesome. There is a lot more to do so get back to work, I can’t wait to see what you build #TIF

— bruce falck (@boo) May 12, 2022

Dalam kenyataan rasmi, syarikat ini sekali lagi menyatakan usaha penjimatan mereka apabila berkata akan mengurangkan belanja untuk kerja-kerja bukan buruh. Misalnya, perbelanjaan untuk kontraktor, konsultan, acara, perjalanan, pemasaran, infrastruktur awanan dan lain-lain.

Keputusan-keputusan ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah ia berkaitan pengambilalihan oleh Elon Musk atau tidak.

Gambar utama: Wired

Baca juga:

  • SenQ Jawab Isu Lelaki Mengamuk Dakwa Dapat Telefon HONOR ‘Second Hand’
  • Elon Musk Janji Akan “Menghalalkan” Semula Donald Trump Di Twitter
  • Elon Musk Cadang Kenakan Caj Pada Organisasi Yang Guna Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress