Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter musk

Twitter Saman Elon Musk Tapi Dia Gembira

Diterbitkan Julai 14, 2022 · Dikemas kini Julai 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Drama pembelian Twitter oleh Elon Musk masih belum berakhir dan nampaknya ia tidak akan berakhir dengan ‘happy ending’.

Ini kerana Musk telah memaklumkan dia membatalkan niat untuk membeli syarikat itu dengan mendakwa Twitter tidak telus atau enggan bekerjasama berkenaan kewujudan akaun palsu.

Seperti biasa, jutawan itu telah memuat naik twit tentang isu tersebut dengan menyindir Twitter.

pic.twitter.com/JcLMee61wj

— Elon Musk (@elonmusk) July 11, 2022

Sehubungan itu, Twitter mengambil tindakan dengan menyaman Musk kerana memungkiri perjanjian mereka bernilai $44 bilion (RM195 bilion) dan membawa hal ini ke mahkamah di Delaware, AS.

Tuntutan saman itu bertujuan memohon kepada mahkamah untuk memerintahkan Musk melengkapkan perjanjian untuk membeli Twitter dengan alasan tiada ganti rugi wang dapat memulihkan keadaan itu.

Twitter berkata ia tidak berkongsi maklumat lanjut tentang akaun spam kerana risau Musk akan membangunkan sebuah lagi platform baru menyaingi Twitter selepas tidak bersetuju membelinya.

Namun, melalui meme yang dikongsi Musk, tindakan Twitter mengheret isu ini ke mahkamah seolah-olah memberi kelebihan pada Musk kerana Twitter dikatakan perlu mendedahkan maklumat tentang akaun palsu di sana.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY