Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xAI Elon Musk_

Elon Musk Ketuai Senarai TIME100 Paling Berpengaruh Dalam AI

Diterbitkan September 3, 2025 oleh ariff bukhari

Untuk edisi ketiga TIME100 AI iaitu senarai tahunan tokoh paling berpengaruh dalam bidang kecerdasan buatan (AI) terbitan Majalah TIME yang  menyaksikan persaingan sengit tokoh-tokoh ternama dalam teknologi.

Untuk edisi 2025, TIME menobatkan Elon Musk mengetuai senarai TIME100 AI.

TIME 100 AI

TIME dalam ulasannya berkata, adalah  luar biasa bagi Elon Musk menukarkan sebuah kilang terbiar di Memphis menjadi sebuah lokasi superkomputer gergasi bernama “Colossus” hanya dalam 122 hari, yang kini memuatkan 200,000 GPU NVIDIA pada 2024 lalu untuk xAInya.

Pada 2025, xAI melancarkan model Grok 3 pada Februari dan Grok 4 pada Julai, yang didakwa sebagai “AI paling pintar di dunia”.

Musk menubuhkan xAI pada 2023 sebagai alternatif kepada OpenAI, yang pernah diasaskannya.

Walaupun lewat memasuki persaingan AI, xAI mempercepatkan langkah dengan pelaburan besar, termasuk kutipan dana $10 bilion pada Julai dan khabar angin penilaian syarikat itu kini mencecah $200 bilion.

Namun, dari segi pengguna, xAI masih jauh ketinggalan. Chatbotnya hanya mempunyai 35.1 juta pengguna aktif bulanan, berbanding ChatGPT dengan 700 juta pengguna mingguan dan Google Gemini dengan 450 juta pengguna bulanan.

Selain Elon Musk, nama besar lain yang turut tersenarai tahun ini termasuklah Sam Altman (OpenAI), , Masayoshi Son (SoftBank), David Sacks (White House AI Czar), dan Henna Virkkunen (Kesatuan Eropah).

TIME 100 AI 1

Malah, TIME100 AI 2025 turut mengiktiraf suara kritis seperti Yoshua Bengio, Pope Leo XIV, dan Clara Chappaz, serta artis yang bereksperimen dengan AI seperti Refik Anadol dan pelakon Natasha Lyonne.

Pelaburan dalam AI kini berkembang hampir empat kali lebih pantas berbanding pertumbuhan KDNK global, dengan anggaran kos yang boleh mencecah 25 kali perbelanjaan Projek Manhattan.

Perkembangan ini menimbulkan persoalan besar tentang kesannya terhadap ekonomi, geopolitik, tenaga, malah peperangan.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • CEO Teknologi Kuasai Carta Fortune 2025, Individu Paling Berkuasa Dalam Perniagaan
  • Nvidia Raih ~RM92 Bilion Hanya Dari Tiga Pelanggan Utama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY