Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SpaceX Elon Musk

Elon Musk Hanya Akan Terima Bonus SpaceX Jika 1 Juta Manusia Berjaya Menetap Di Marikh

Diterbitkan Mei 22, 2026 · Dikemas kini Mei 22, 2026 oleh ariff bukhari

Dokumen tawaran awam permulaan (IPO) SpaceX mendedahkan butiran luar biasa, termasuk syarat bahawa bonus besar pengasasnya, Elon Musk, hanya akan diaktifkan sekiranya satu juta manusia berjaya menetap di Marikh.

Struktur bonus yang dinyatakan dalam prospektus SpaceX yang difailkan kepada pengawal selia Amerika Syarikat pada Rabu itu lebih menyerupai plot fiksyen sains berbanding perjanjian pampasan biasa.

Bonus Musk bergantung kepada nilai pasaran SpaceX mencapai sasaran antara AS$400 bilion hingga AS$6 trilion, selain syarikat itu perlu berjaya memindahkan sejuta manusia ke planet yang terletak kira-kira 140 juta batu (225 juta kilometer) dari Bumi.

Musk menggambarkan cita-cita itu sebagai penting untuk kelangsungan jangka panjang umat manusia, walaupun kebanyakan pakar berpendapat matlamat tersebut masih memerlukan sekurang-kurangnya beberapa dekad lagi untuk direalisasikan.

Namun begitu, Musk dijangka tetap meraih keuntungan besar sekiranya IPO itu berjalan seperti dirancang dalam beberapa minggu akan datang.

Berdasarkan sasaran penilaian syarikat sekitar AS$1.75 trilion, pegangan saham sedia ada Musk dianggarkan bernilai AS$735 bilion — sebelum seorang manusia pun menjejakkan kaki ke Planet Merah.

Bonus kedua yang lebih kecil pula mengaitkan tambahan 60 juta saham dengan sasaran lain yang turut bercita-cita tinggi, iaitu pembinaan pusat data di orbit yang mampu menyediakan 100 terawatt kuasa pengkomputeran setahun, jauh melebihi kemampuan yang wujud di Bumi ketika ini.

SpaceX pada Rabu memfailkan IPO yang dinanti-nantikan, menyasarkan penyenaraian di bursa Nasdaq menggunakan kod dagangan “SPCX”, yang berpotensi menjadi tawaran awam terbesar dalam sejarah Wall Street.

Roket Starship milik SpaceX yang mungkin dilancarkan seawal Khamis direka khusus dengan matlamat penjajahan Marikh sebagai fokus utama. – AFP.

Berkaitan

  • Roket Elon Musk Didakwa Punca Pembentukan Awan Aneh Di Langit New Zealand
  • NASA Percepat Usaha Bangunkan Reaktor Nuklear Di Bulan, Marikh
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY