Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SpaceX Elon Musk

Roket Elon Musk Didakwa Punca Pembentukan Awan Aneh Di Langit New Zealand

Diterbitkan Jun 22, 2022 oleh ariff bukhari

Pembentukan awan aneh berbentuk lingkaran di langit New Zealan telah mengejutkan sejumlah besar penduduk di dalam negara itu.

Lingkaran ganjil berwarna biru yang berlaku itu disedari penduduk dan sempat dirakam pada sekitar jam 7.30 malam sehingga ada yang mengaitkannya dengan aktiviti kapal angkasa makhluk asing (UFO).

Roket Elon Musk Didakwa Punca Pembentukan Awan Aneh Di Langit New Zealand
Rupa lingkaran awan biru yang berjaya dirakam penduduk New Zealand.

Walaubagaimanapun, Persatuan Astronomi New Plymouth menjelaskan bahawa pembentukan lingkaran berwarna biru itu sebenarnya adalah berpunca daripada roket Falcon 9 yang dilancarkan pada hari Ahad lalu oleh syarikat Elon Musk iaitu SpaceX.

Roket Falcon 9 yang membawa satelit Globalstar 2 FM15 itu menghasilkan kepulan wap sehingga terbentuk lingkaran biru seperti yang dilihat di langit New Zealand.

Sejak beberapa hari lalu, sebanyak 3 roket Falcon 9 telah pun dilancarkan SpaceX yang membawa sebanyak 55 satelit ke angkasa lepas.

Sumber: Daily Mail Online

Baca juga:

  • Elon Musk Rancang Bina Lebih 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’ Untuk Bawa Manusia Ke Marikh
  • SpaceX Dah Dapat Kebenaran Untuk Hantar Manusia Ke Marikh
  • Twitter Rancang Undian ‘Shareholder’ Ogos Ini Untuk Jual Syarikat Kepada Elon Musk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY