Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ELBA Kini Tawar Mesin Basuh, Vakum Dan Pencuci Pinggan Pintar

ELBA Kini Tawar Mesin Basuh, Vakum Dan Pencuci Pinggan Pintar

Diterbitkan Jun 20, 2025 oleh Amsyar Latif

ELBA, jenama dipercayai rakyat Malaysia dalam kategori peralatan rumah, telah melancarkan rangkaian penyelesaian pembersihan rumah paling menyeluruh dalam sejarah syarikat sempena Konvensyen Peruncit ELBA 2025. Pelancaran ini melibatkan tiga kategori utama iaitu mesin basuh, penyedut hampagas dan pencuci pinggan, sebagai usaha mempermudah tugasan harian di rumah moden.

Antara tumpuan utama ialah penambahan inovasi dalam siri mesin basuh ELBA, merangkumi tiga siri baharu. Queluxe Series menawarkan mesin basuh dan pengering hadapan dengan teknologi PerfectDose untuk penggunaan detergen automatik, reka bentuk SpaceSaver dan fungsi Drum Clean+ untuk penjagaan kebersihan jangka panjang.

ELBA Kini Tawar Mesin Basuh, Vakum Dan Pencuci Pinggan Pintar
ELBA Kini Tawar Mesin Basuh, Vakum Dan Pencuci Pinggan Pintar
ELBA Kini Tawar Mesin Basuh, Vakum Dan Pencuci Pinggan Pintar

LavaWave Series pula menampilkan teknologi Silent DD Inverter, pintu UltraMax untuk kemudahan penggunaan dan fungsi wap Lava Steam bagi pencucian mendalam. Bagi pengguna mesin basuh bukaan atas, Elysian Series hadir dengan teknologi UltraStain Wash, operasi senyap serta sistem pembersihan dram automatik.

ELBA Kini Tawar Mesin Basuh, Vakum Dan Pencuci Pinggan Pintar

ELBA turut memperkenalkan kategori baharu iaitu pembersihan lantai. AIRGlide Series menampilkan penyedut hampagas tanpa wayar dengan teknologi Dust Seal Filtration dan stesen pembersihan automatik Insta Clean Hub.

ELBA Kini Tawar Mesin Basuh, Vakum Dan Pencuci Pinggan Pintar

Siri HYDRO Cleanse pula menawarkan pencuci lantai dengan tangki air besar, berus 3-tepi untuk kawasan sukar dicapai, serta pengeringan udara panas Therma Jet pada suhu 60°C.

ELBA Kini Tawar Mesin Basuh, Vakum Dan Pencuci Pinggan Pintar

Turut dilancarkan adalah tiga model pencuci pinggan baharu untuk pilihan freestanding, built-in dan tabletop. Dilengkapi teknologi AutoDoor, AquaBeam UV sterilisation dan fungsi Fresh Air Storage, pencuci pinggan ini direka untuk meningkatkan kebersihan dan kecekapan di dapur.

Berkaitan

  • Siri 'Aircond' Baharu Midea Janji Penjimatan Elektrik & Tahan Cuaca Tropika
  • Xiaomi Lancar Peti Sejuk Pintar Mijia Cross Door 510L Di Malaysia
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY