Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri ‘Aircond’ Baharu Midea Janji Penjimatan Elektrik & Tahan Cuaca Tropika

Siri ‘Aircond’ Baharu Midea Janji Penjimatan Elektrik & Tahan Cuaca Tropika

Diterbitkan Mei 5, 2025 · Dikemas kini Jun 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Midea umum empat model penyaman udara baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Avigator, Numen, Celest dan Glory Pro — semuanya dilengkapi ciri pintar, teknologi jimat tenaga berasaskan AI, serta rekaan tahan lasak untuk cuaca tropika.

Antara fokus utama pelancaran ini ialah teknologi ECOMASTER AI yang dikatakan mampu menjimatkan sehingga 49% penggunaan elektrik, sistem pemantauan tenaga masa nyata melalui aplikasi, dan penapis udara terbina dalam untuk kualiti udara lebih bersih.

photo_2025-05-05 17.00.17

Model baharu ini juga menyertakan teknologi penyejukan pantas (COOLFLASH) yang mampu turunkan suhu bilik 6°C dalam 10 minit, serta perlindungan anti-karat grafen untuk ketahanan jangka panjang — ciri yang sesuai untuk iklim lembap dan panas seperti Malaysia.

Walaupun jenama ini memang terkenal dengan fokus pada harga berpatutan, siri terbaru ini dilihat cuba menetapkan standard baharu dari segi teknologi dan kecekapan tenaga untuk kategori penghawa dingin kelas pertengahan.

Berkaitan

  • Midea Dan Huawei Bersama Laksana Kilang Pertama Disambungkan 5G Sepenuhnya Di Asia Tenggara 
  • Midea Lancar Rangkaian Perkakas Rumah Pintar Baharu Di Malaysia
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY