Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024

Tak Mahu ‘Perang’ Paten Galaxy Ring, Samsung Terlebih Dahulu Saman Oura

Diterbitkan Jun 4, 2024 · Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh Amalina Athman

Tanpa menunggu Oura memfailkan sebarang tuntutan paten ke atas cincin pintarnya akan datang, Samsung terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Oura.

Syarikat itu telah memohon “penghakiman pengisytiharan” yang menyatakan Galaxy Ring tidak melanggar paten Oura.

Berkaitan

  • Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Samsung Galaxy Ring Mungkin Hadir Dengan Pelan Langganan Bulanan

Tuntutan itu mendakwa bahawa Oura mempunyai corak untuk memfailkan saman paten terhadap pesaing berdasarkan “ciri biasa kepada hampir semua cincin pintar.”

Khususnya, ia merujuk kepada pelbagai aspek teknologi cincin pintar, seperti kaedah untuk menilai skor kesediaan pengguna, reka bentuk peranti pengkomputeran boleh pakai serta kaedah untuk mengeluarkan peranti elektronik boleh pakai.

Samsung memetik contoh di mana Oura telah menyaman pesaing seperti Ultrahuman, Circular dan RingConn, walaupun sebelum produk berkaitan memasuki pasaran Amerika Syarikat. Disebabkan itu, Samsung berkata dalam tuntutannya bahawa ia menjangkakan akan menjadi sasaran saman Oura.

Dengan mendapatkan pengisytiharan undang-undang rasmi daripada mahkamah yang menyatakan bahawa Galaxy Ring tidak melanggar paten yang dipegang oleh Oura, ia akan melancarkan penjualan Galaxy Ring tanpa ancaman tindakan undang-undang daripada Oura.

Galaxy Ring

Tuntutan itu juga mengesahkan beberapa butiran mengenai Galaxy Ring. Ia mendedahkan bahawa reka bentuk perkakasan telah dimuktamadkan pada pertengahan Mei, pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada pertengahan Jun, dan dijangka memasuki pasaran AS “dalam atau sekitar Ogos tahun ini”.

Selain itu, tangkap layar aplikasi Samsung Health yang dikongsi dalam tuntutan berkenaan menunjukkan ciri “Energy Score” berdasarkan pelbagai faktor termasuk tidur, aktiviti, kadar denyutan jantung dan kebolehubahan kadar denyutan jantung.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cll7y0h
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cll7y0j

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY