Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Ring MWC 2024

Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024

Diterbitkan Februari 26, 2024 · Dikemas kini Februari 26, 2024 oleh Amalina Athman

Di Galaxy Unpacked bulan lepas, Samsung telah mengacah peranti boleh pakai dalam kategori produk baharu, dinamakan Galaxy Ring.

Tidak perlu menunggu lama, Samsung kini memberikan butiran selanjutnya mengenai cincin pintar itu di MWC 2024.

Berkaitan

  • Samsung Mengacah Kehadiran Galaxy Ring
  • Cincin Pintar Samsung Akan Hadir Separuh Kedua 2024

Menurut syarikat itu, Galaxy Ring akan menawarkan cara baharu untuk memudahkan pengguna memantau kesihatan – dengan hanya memakainya di jari.

Galaxy Ring_Wiser MY

Memetik CNBC, Ketua Pasukan Kesihatan Digital di Samsung Electronics Dr. Hon Pak berkata cincin pintar itu akan dipasang dengan sensor yang dapat memberikan bacaan kadar denyutan jantung, pernafasan, jumlah pergerakan yang dibuat semasa tidur, serta masa yang diperlukan seseorang untuk tidur.

Selain itu, ia juga dikatakan bakal hadir dengan ciri Vitality Score yang boleh mengumpul data tentang kesediaan fizikal dan mental untuk melihat produktiviti pengguna.

Semua ciri ini kelak boleh diakses melalui aplikasi Samsung Health.

Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024
Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024

Eksekutif Samsung itu juga berkata syarikat sedang mempertimbangkan untuk menambah ciri yang membolehkan Galaxy Ring melakukan pembayaran tanpa sentuh, seperti telefon pintar.

Samsung mengesahkan Galaxy Ring akan dilancarkan pada tahun ini, tetapi tidak diberikan garis masa mahupun anggaran harga.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clks5df
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clks5dh

Sumber: CNBC, Samsung Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY