Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Ring_Wiser MY

Samsung Galaxy Ring Mungkin Hadir Dengan Pelan Langganan Bulanan

Diterbitkan Mei 23, 2024 ยท Dikemas kini Mei 23, 2024 oleh Amsyar Latif

Awal tahun ini, Samsung mengacah kehadiran peranti boleh pakai yang memfokuskan kesihatan, iaitu Galaxy Ring dan ia juga telah diperlihatkan semasa di Mobile World Congress (MWC) 2024.

Galaxy Ring dikatakan bakal dilancarkan sekitar Julai nanti, semasa acara Galaxy Unpacked yang mungkin bersama-sama telefon boleh lipat.

Terbaru, menerusi peniris maklumat terkenal Yogesh Brar, beliau mendakwa yang Galaxy Ring mungkin dijual pada harga USD300 (~RM1,414) hingga USD350 (~RM1,649).

Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024

Bukan itu sahaja, Yogesh Brar juga mengatakan peranti cincin pintar itu mungkin akan didatangkan bersama pelan langganan bulanan, iaitu bawah USD10 (~RM47).

Adakah perkara ini mustahil? Rasanya tidak kerana Oura Ring 3 juga mempunyai pelan langganan tahunan USD71.88 (~RM33840). Malah, Apple juga hadir dengan pelan langganan yang mengkhususkan kesihatan menerusi Fitness+ di mana berharga RM19.9/bulan atau RM119.9/tahun.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Samsung Kini Pegang Rekod 10 Tahun Pasaran Global Untuk 'Soundbar'

Oleh yang demikian, tidak mustahil untuk Samsung berbuat demikian. Namun, setakat sekarang, Samsung tidak pernah menawarkan pelan langganan kesihatan untuk peranti jam tangan pintar mereka mahupun telefon pintar.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY