Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pink WhatsApp

Elak Muat Turun Aplikasi “Pink WhatsApp” – MCMC

Diterbitkan Jun 27, 2023 ยท Dikemas kini Jun 27, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak memuat turun dan memasang aplikasi hasad “Pink WhatsApp”.

Berkaitan

  • Maxis Tidak Benarkan Penghantaran 'Link' Dalam SMS Mulai Bulan Mei
  • "Private Number" Tidak Lagi Dibenar Digunakan - MCMC
  • SKMM Telah Sekat 581 Juta SMS Meragukan Sejak 2021

Pengguna akan menerima mesej yang mengandungi pautan, seolah-olah ia ditawarkan oleh WhatsApp yang mengajak pengguna mencuba aplikasi baru tersebut.

Aplikasi berkenaan mendakwa ia menawarkan ciri keselamatan serta privasi yang lebih baik, antara muka yang boleh diubah suai serta keupayaan untuk menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi rasmi WhatsApp.

Bagaimanapun, ia merupakan aplikasi hasad yang boleh mengakses data dalam telefon pintar termasuk gambar, SMS, senarai kenalan dan sebagainya.

Lanjutan itu, MCMC menyarankan kepada pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi “Pink WhatsApp” dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya telah dipasang dalam telefon pintar.

Dalam pada itu, MCMC turut meminta pengguna untuk tidak menyebarkan sebarang pautan yang mencurigakan.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY