Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘SMS Pertama Di Dunia’ Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta

SKMM Telah Sekat 581 Juta SMS Meragukan Sejak 2021

Diterbitkan Jun 19, 2023 · Dikemas kini Jun 19, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Dari 2021 hingga 31 Mei 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat sebanyak 581 juta SMS yang meragukan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 237,999 talian mudah alih dan tetap yang menghantar SMS meragukan juga telah ditamatkan perkhidmatan.

Menurut beliau, banyak perkara perlu diteliti dalam membuat sekatan seperti memastikan URL dalam SMS hanyalah pengantaraan pada portal/aplikasi.

Tambah beliau, sehingga sekarang tiada kaedah khas dapat mengesahkan bahawa pautan yang disertakan dalam kandungan SMS tersebut adalah sahih atau tidak, kerana kekangan seperti pautan itu lazimnya menggunakan nama domain asing dan dihoskan di negara lain dan tiadanya kebolehupayaan untuk mengenal pasti pautan yang disediakan adalah berunsur pancingan (phishing).

Untuk makluman, SKMM sudah mengarahkan syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk menyekat SMS yang mengandungi URL kerana kes penipuan yang semakin meningkat.

Terbaru, kes penipuan ini menggunakan modus operandi dengan menyamar sebagai kenalan dan mengatakan aplikasi (fail APK) yang dihantar mereka ialah untuk jemputan kenduri perkahwinan. Bacaan lanjut di SINI.

Sumber: Parlimen Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • MCMC Dedah Modus Operandi Terkini Penjenayah Siber Memanipulasi SMS
  • Elak 'Scam', MCMC Arah Telco Larang Pautan URL Dalam SMS - Teo
  • Maxis Tidak Benarkan Penghantaran 'Link' Dalam SMS Mulai Bulan Mei
  • Disangka Kad Kahwin Digital, Rupanya Fail APK Untuk 'Pancing' Data Pengguna
  • GOpinjam Beri Pinjam RM91.1 Juta Pada 88,620 Individu Setakat Mac 2023
  • Telegram Beri Kerjasama, Akan Patuh Undang-Undang Negara

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY