Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
QR Code Phishing

Elak Imbas Kod QR Yang Mencurigakan – BNM

Diterbitkan Disember 11, 2023 · Dikemas kini Disember 11, 2023 oleh Amalina Athman

Ketika ini, kita boleh melihat kod QR ada di mana-mana. Antaranya termasuk melalui e-mel yang diterima dan sebagainya.

Terbaharu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik penipuan terkini yang dilakukan oleh scammer.

Berkaitan

  • Waspada, Ini Cara Yang Biasa 'Scammer' Gunakan Untuk Tipu Mangsa
  • Sejauh Mana Anda Boleh Elak 'Scam'? Cuba Kuiz Ini
  • Abaikan Panggilan Dari Pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan

Menurut BNM, scammer kini menggunakan kod QR dalam e-mel yang mencurigakan bagi memperdaya pengguna memberikan maklumat. Taktik ini juga dikenali sebagai quishing (kod QR+phishing).

Di sebalik kod QR yang dihantar, scammer mungkin menyembunyikan pautan berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi pengguna.

🚨 Berhati-hati dengan taktik scam terkini: Quishing (kod QR + phishing)! 😱 Scammer kini menggunakan kod QR dalam e-mel yang mencurigakan bagi memperdaya anda untuk memberikan maklumat peribadi. #AmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak pic.twitter.com/POWJZtIuyC

— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) December 8, 2023

Dalam pada itu, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat turut mengingatkan pengguna mengenai taktik scam yang sama. Antara cara penipuan melalui kod QR yang digunakan termasuk:

  • mengatakan terdapat masalah pada akaun tertentu dan perlu mengesahkan maklumat.
  • mengatakan ada aktiviti mencurigakan pada akaun dan meminta pengguna menukar kata laluan.

Oleh itu, pengguna diminta untuk berwaspada serta memastikan kesahihan e-mel dan kod QR yang diterima – seperti menyemak URL, sebelum mengambil langkah sewajarnya.

Sumber: BNM

Gambar utama: HKCert

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY