Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Mahu Hasilkan Telefon Pintar ‘Tanpa Bezel dan Takuk’ Pertama Di Dunia

Ekoran Risiko Terbakar, Lenovo Panggil Semula Bank Kuasa USB-C Komputer Riba

Diterbitkan November 26, 2023 ยท Dikemas kini November 26, 2023 oleh ariff bukhari

Lenovo menarik balik bank kuasa komputer riba USB-C kerana risiko ia terlalu panas dan terbakar.

Bank kuasa Lenovo USB USB-C Laptop Power Bank dengan nombor model PBLG2W itu mengandungi bateri 20,000mAh dan dijual melalui pelbagai peruncit di seluruh AS dan Kanada antara Mei 2022 dan Januari 2023 pada harga $100 (~RM468).

Tetapi penarikan bank kuasa ini tidak menjejaskan Bank Kuasa Komputer Riba Lenovo USB-C yang dikeluarkan sebelum Januari 2022, dan selepas Jun 2022.

Lenovo pwer bank

“Dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna A.S. (CPSC) dan demi kepentingan keselamatan awam, Lenovo secara sukarela menarik balik beberapa Bank Kuasa Komputer Riba Lenovo USB-C.

Lenovo telah menentukan bahawa dalam bilangan unit yang terhad, skru dalaman bank kuasa boleh menjadi longgar, menyebabkan litar pintas dan terlalu panas bateri litium-ion, menimbulkan bahaya kebakaran.” Lenovo.

Bagi memudahkan pengguna menyemak untuk mengesahkan sama ada Lenovo USB-C Laptop Power Bank mereka (Nombor Bahagian: 40ALLG2WWW) terjejas, anda boleh ke pautan Tentukan sama ada power bank saya ditarik balik.

Berkaitan

  • JerryRigEverything, Dbrand Saman Casetify Atas Dakwaan 'Copy' Sejumlah Rekaan
  • Siri OPPO Reno11 Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh
  • Casetify Siasat Dakwaan 'Copy Paste' Rekaan Dbrand

Sumber: PCMag, Lenovo

(Beli pelbagao produk Lenovo di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY