Ecovacs Melancarkan Vakum + Mop Robotik, Deebot Ozmo T8

Ecovacs Robotics adalah sebuah syarikat terkenal dalam pengeluaran servis perkhidmatan robotik rumah.

Hari ini, mereka telah mengumumkan siri flagship mereka iaitu Deebot Ozmo T8 Family.



Deebot Ozmo T8, sebuah vakum robotik yang mengoptimumkan Artificial Intelligence dan teknologi TrueDetect 3D yang canggih untuk meningkatkan keupayaan mengesan dan mengelak halangan semasa pembersihan.

Terdapat dua model bagi Deebot Ozmo ini iaitu Deebot Ozmo T8 AIVI (Artificial Intelligence & Visual Interpretation) dan Deebot Ozmo T8. Kedua-dua model ini mempunyai teknologi TrueMapping untuk memudahkan navigasi pembersihan.



Menariknya lagi, dengan adanya teknologi Ozmo Mopping ia akan memberikan pengalaman pembersihan yang sempurna kepada pengguna kerana vakum ini akan membersihkan dan mengelap lantai pada masa yang sama.



Teknologi Ozmo Mopping ini juga menampilkan sistem air yang dikawal secara elektronik dan tanki sebesar 240 ml. Deebot Ozmo T8 ini dimuatkan dengan bateri sebesar 5200mAh yang membolehkan vakum ini berfungsi selama tiga jam.

Tambahan lagi, vakum ini mempunyai teknologi pengesanan karpet yang akan membuatkan vakum ini mengaktifkan kuasa penuh semasa pembersihan karpet dan akan menutup fungsi mengelap.

Deebot Ozmo T8 ini boleh dikawal secara manual dengan Ecovacs Home App atau Amazon Echo/Dot dan Google Home.

Deebot Ozmo T8 AIVI dijual pada harga RM 2,299. Manakala Deebot Ozmo T8 dan Deebot Ozmo T8+ berharga RM 1,999 dan RM 2,699.

Pengguna boleh dapatkan Deebot Ozmo T8 dari kedai rasmi Ecovacs di Lazada dan Shopee.

Berkaitan