Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EA SPORTS FC 24

EA Sports Tayang Treler Rasmi Permainan Video Bola Sepak Terbaru Ganti FIFA

Diterbitkan Julai 10, 2023 · Dikemas kini Julai 11, 2023 oleh ariff bukhari

Tidak lagi menggunakan logo dan nama yang lama untuk permainan video bola sepak akan datang, EA kini menggunakan nama dan logo baharu untuk game popular tersebut yang kini dikenali sebagai EA Sports FC.

Sebentar tadi menerusi saluran YouTube rasminya, EA Sports FC menayangkan video acah untuk game bola sepak baharu yang akan dilancarkan mereka tidak lama lagi.

Permainan video bola sepak baharu itu akan dikenali sebagai EA Sports FC 24 yang akan menggantikan FIFA 23.

Ini kerana EA telah menukarkan nama francais game popular itu kepada EA Sports FC dengan tidak lagi menggunakan nama FIFA untuk game bola sepak mereka.

Sekaligus menjadikan FIFA 23 sebagai game terakhir bagi francais permainan video bola sepak yang dijalin EA bersama FIFA.

Perubahan itu dibuat ekoran daripada tamatnya perjanjian kerjasama yang terjalin selama 30 tahun bersama persekutuan bola sepak antarabangsa itu.

Permainan video baharu EA Sports FC 24 akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Julai 2023 nanti tepat jam 12.30 a.m yang akan dibuat secara langsung di YouTube.

FC 24

Berkaitan

  • Logo EA Sports FC Rasmi, 'Game' FIFA Era Baharu
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tak Sampai Seminggu Dilancarkan, Threads Kini Melepasi 100 Juta Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY