Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads 100m Meta

Tak Sampai Seminggu Dilancarkan, Threads Kini Melepasi 100 Juta Pengguna

Diterbitkan Julai 10, 2023 · Dikemas kini Julai 10, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, aplikasi Threads telah pun boleh dimuat turun dan didaftar masuk oleh pengguna, sejak 6 Julai lalu. Tidak sampai seminggu dilancarkan, Threads oleh Meta kini telah melepasi 100 juta pengguna.

Berkaitan

  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua
  • Pengguna Perlu Padam Akaun Instagram Jika Ingin Padam Profil Threads

Data tersebut direkodkan di laman web Quiver Quantitative dan dikongsi melalui Threads. Dengan rekod ini, ia memperlihat Threads boleh menjadi saingan yang serius kepada Twitter.

Threads 100m

Terdahulu, Threads mencecah 2 juta pengguna dalam tempoh 2 jam pertama. Ia kemudiannya meningkat kepada 5 juta, 10 juta, 30 juta dan 70 juta pengguna. CEO Meta Mark Zuckerberg sebelum ini turut menggelarkannya sebagai jauh di luar jangkaan.

Ia adalah lebih pantas berbanding ChatGPT, yang mana merekodkan 100 juta pengguna dalam tempoh 2 bulan pelancaran. Dapat dijangkakan, angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Threads App Store
Threads Google Play

Sementara itu, di Apple App Store dan Google Play Store, Threads kini menduduki carta teratas bagi kategori aplikasi percuma.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY