Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk “Rehatkan” Hantaran Yang Dimuat Naik Oleh Individu Tertentu

E-mel ‘Facebook Protect’ Bukan Scam, Ini Cara Tentu Kesahihannya

Diterbitkan Ogos 24, 2022 oleh ariff bukhari

Facebook sudah mula menawarkan ciri yang dikenali sebagai Facebook Protect kepada lebih ramai penggunanya di seluruh dunia.

Facebook menjelaskan, pengguna  yang layak untuk Facebook Protect akan menerima gesaan di Facebook untuk mengetahui tentang program ini dan mendaftar

Facebook Protect merupakan ciri keselamatan yang membantu akaun yang menghadapi risiko penggodaman yang mungkin memerlukan perlindungan tambahan.

Akaun berisiko memerlukan perlindungan keselamatan akaun yang lebih kuat dengan mempermudahkan ciri keselamatan seperti pengesahan dua faktor.

Ini juga memberikan perlindungan keselamatan tambahan untuk akaun dan Halaman orang ramai, termasuk pemantauan terhadap kemungkinan ancaman penggodaman.

facebook protect
Contoh ciri Facebook Protect yang sudah diterima dan diaktifkan pada akaun penulis.

Facebook menyatakan, mereka akan menghantar e-mel kepada pengguna tentang keperluan mengaktifkan ciri Facebook Protect ini.

Tetapi adalah lebih baik sekiranya anda mengesahkan dahulu e-mel yang diterima itua dalah benar-benar dari pihak Facebook.

Berkaitan

  • 'Group Admin' WhatsApp Boleh Senyapkan Ahli 'Group' Tidak Lama Lagi
  • "Body Shaming" Adalah Jenayah. Pelaku Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang
  • 'Membawang' Di Media Sosial Boleh Dikenakan Denda Maksimum RM50,000 Atau Penjara Setahun

Berikut adalah cara untuk mengesahkan e-mel yang anda terima itu adalah dari pihak Facebook.

1. Klik gambar profil anda di bahagian atas sebelah kanan Facebook.

2. Klik Settings & privacy, kemudian klik Settings.

Facebook settings privacy

3. Seterusnya di bahagian Security, klik pada Security and login.

Facebook Security

4. Kemudian di bawah Advanced, klik pada See recent email from Facebook.

Facebook Security 2

Anda boleh menyemak sendiri sama ada sudah mengaktifkan atau tidak ciri Facebook Protect ini menerusi Settings & Privacy > Settings > Security and login > Facebook Protect.

Sumber: Facebook Help Center

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY