Namun, pernahkah anda mengalami masalah group yang disalah gunakan? Sebagai contoh, group yang digunakan untuk berkongsi maklumat berkenaan kelas di kolej atau universiti tiba-tiba menjadi medan berceloteh oleh rakan sekelas anda? Kini, anda boleh menarik nafas lega kerana WhatsApp telah mendengar keluhan anda.
Menerusi satu laporan daripada akhbar Daily Mail, pihak Whatsapp kini sedang dalam usaha untuk membangunkan satu fungsi yang dinamakan 'Restricted Groups' yang akan membolehkan group admin untuk senyapkan ahli dalam group tersebut. Ini bermakna, hanya group admin sahaja yang boleh menulis kiriman pada group tersebut.
Ahli group akan dapat membaca kiriman dari admin tersebut namun mereka tidak boleh membuat sebarang respon tanpa kebenaran admin. Untuk membolehkan kiriman dibuat, seseorang ahli tersebut perlu menghubungi group admin untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Ia boleh dilakukan menerusi fungsi butang 'Message Admin' yang bakal disediakan.
Selain daripada itu, admin juga boleh menetapkan untuk tidak membenarkan ahli menukar apa-apa info berkenaan group seperti imej profil dan nama group tersebut. Bagaimanapun, fungsi ini dikatakan tidak akan kekal selama-lamanya apabila didakwa cuma akan kekal untuk 72 jam sahaja. Ini bermakna selepas 72 jam, ahli biasa akan dapat untuk membuat kiriman dalam group semula.
Namun, tidak ada maklumat tentang bagaimana untuk admin mengaktifkan semula fungsi 'Restricted Group' ini selepas tempoh 72 jam itu berakhir. Fungsi yang pernah diumumkan buat pertama kali pada bulan Disember tahun lalu ini masih lagi dalam percubaan oleh pihak WABetaInfo dan dijangka akan tersedia pada kemaskini yang akan datang.
Sumber
Berkaitan
- HONOR Bakal Lancarkan Peranti Tri-Kamera Utama Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Spesifikasi Tiga Kamera Utama Samsung Galaxy S10+ Tertiris
- Apa Maksud "WhatsApp Security Code Has Changed"
- Facebook Messenger Kini Membolehkan Anda Membalas Kiriman Secara Individu Dalam "Group"
- Google Home Akan Menjadi Pesaing Utama Amazon Echo
- Awas Jika Anda Menerima Pesanan Untuk Menaiktaraf Aplikasi WhatsApp, Telefon Anda Mungkin Akan Digodam
- Huawei Mate 30 Pro Dikatakan Akan Hadir Dengan Tetapan 5 Kamera Utama
- Facebook Dilarang Mengumpul Data Peribadi Dari Aplikasi WhatsApp
- 2 Juta Akaun WhatsApp Dibuang Setiap Bulan Kerana Masalah Spam
- Samsung Galaxy A7 2018, 3 Kamera Utama!