2 trend tersebut adalah ciri Avatar Facebook dan juga "body shaming". Di sini penulis suka untuk menulis tentang "body shaming".
Tahukah anda bahawa "body shaming" adalah satu bentuk jenayah yang menyebabkan pelaku yang dituduh boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Body shaming" adalah perbuatan menghina rupa fizikal seseorang menerusi platfom sosial yang memberikan kesan buruk kepada mangsa.
Body shaming yang bertujuan mengutuk dan memalukan sesorang akan menyebabkan mangsa mengalami tekanan dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruan pemakanan dan kemurungan.
Malah pada tahap ekstrim ia mampu sehingga menyebabkan mangsa mengambil tindakan membunuh diri.
Menurut Public Health Malaysia, pelaku jenayah body shaming boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Berikut adalah huraian Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 233 (1) (b) yang berkaitan dengan jenayah body shaming:-
Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
233. (1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, melakukan suatu kesalahan.
Menurut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika disabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Jadi jangan sesekali kita melakukan jenayah Body shaming demi kepuasan nafsu diri sendiri. Kerana kelak ia hanya akan memakan diri.
Bagi mereka yang merasakan diri menjadi mangsa di mana-mana platfom sosial, mereka bolehlah mengambil tindakan undang-undang terhadap sipelaku.
Berkaitan
- Ini Adalah Senarai 16 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Android Bagi Tahun 2022
- Kemas Kini Windows Disyaki Penyebab Kapasiti Bateri Peranti Surface Laptop 2 Dan Surface Pro 4 Cepat Habis
- Patuhi Panduan Keselamatan Elektrik Ketika Dan Selepas Banjir Dari TNB
- U Mobile Tawar Data 5G Dan Kelajuan Tanpa Had Di Hujung Minggu Untuk Pelan Pra Bayar
- Siri Model HUAWEI P50 Mungkin Juga Ditawar Dalam Versi 4G Dan Dikuasakan Oleh Kirin 9000
- Barisan Kemas Kini Untuk Peranti iOS, iPadOS, tvOS Dan watchOS
- MOSTI Melancarkan 2 Inisiatif Nasional Bagi Melonjakkan Bidang Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara
- Program Baik Pulih Skrin Dan Papan Kekunci Untuk Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro
- Huawei Berdepan Tuduhan Terbaru Dari A.S Dan Kali Ini Berkaitan Kecurian Harta Intelek Pula
- Kos Perceraian Bill Gate Dan Melinda Menjadi Yang Termahal Di Dunia